Saturday, 12 August 2017

SURAU UNTUK SEMUA

Penilaian anugerah surau imarah yang telah berlangsung saban tahun merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan untuk menzahirkan sumbangan yang boleh dilakukan oleh pihak pengurusan surau sekolah dalam membantu ke arah merealisasikan matlamat pendidikan islam iaitu melahirkan individu yang seimbang dari segi tuntutan duniawi dan ukharawi.        

Sehubungan itu, pengurusan Surau Nurul Iman mengambil tindakan proaktif untuk bersama-sama pihak Pejabat Daerah Kota Setar mengambil bahagian di dalam Pertandingan Penilaian Anugerah Surau Imarah Tahun 2017. 

Pengurusan Surau Nurul Iman yang telah diterajui sendiri oleh Tuan Guru Besar, En. Ahmad Zuber bin Tajuddin, yang begitu komited berusaha agar niat murni yang dirintas oleh pihak Kementerian Pendidikan mampu mencapai matlamat seperti yang ditetapkan.          

Syukran jazilan kepada seluruh warga sekolah yang tidak pernah berputus asa untuk mencapai yang terbaik. Semoga segala usaha yang dilakukan secara berjemaah ini diberkati oleh Allah.


Wednesday, 9 August 2017

HARUMAN IMAN

PROJEK INOVASI SURAU


PENGENALAN 
Kraftangan ini adalah untuk menghasilkan hasil seni yang boleh memberikan manfaat kepada warga SK Taman Rakyat. Projek ini turut melibatkan murid-murid dari Pergerakan Puteri Islam SKTR untuk memberi latihan dan kemahiran yang berguna kepada mereka. Penggunaan barangan kitar semula dan bahan semulajadi dapat memelihara alam sekitar daripada tercemar dengan pembuangan sisa pepejal yang boleh menjejaskan ekosistem bumi.

MATLAMAT
Melatih murid-murid menggunakan motor kasar dan halus serta memupuk sikap berdikari dan kreatif dalam diri mereka.

OBJEKTIF
      i.        Meningkatkan kreativiti murid.
     ii.        Menambah pendapatan Surau Nurul Iman.
 iii.     Menggunakan sumber alam dengan cekap dan berkesan.

SASARAN

Murid-murid Tahun 4 dan 5 daripada Pergerakan Puteri Islam SKTR

           
BUTIRAN PROJEK

Bahan-bahan yang digunakan:

      i.        Botol mineral bersaiz 500ml
     ii.        Kain net
    iii.        Riben
   iv.        Bunga hiasan
    v.        Gam
   vi.        Potpuri (daun pandan dan daun limau purut dari Taman Surau Nurul Iman)


Pelaksanaan Projek:
      i.        Guru mengumpulkan botol mineral 500ml hasil sumbangan dari guru-guru SKTR
     ii.        Guru dibantu ahli Pergerakan Puteri Islam menyiapkan projek
    iii.        Hasil potpuri yang telah siap dinamakan dengan nama ‘Haruman Iman’
   iv.       ‘Haruman Iman’ akan dijual kepada semua kelas yang ada di SKTR dengan harga RM5.00 sahaja
    v.         Potpuri yang telah kehilangan bau boleh diisi semula dengan haruman yang baru dengar kadar RM1.00 sahaja
   vi.        Isian baru ‘Haruman Iman’ boleh didapati di Surau Nurul Iman.


ANJURAN

Surau Nurul Iman SK Taman Rakyat

JAWATANKUASA 

Pengerusi
En. Ahmad Zuber b. Tajuddin
Naib Pengerusi
Pn. Zahanim bt. Md. Isa
Pn. Kartiny bt. Mohd Saad
En Zulkifli b. Hassan
Penyelaras Program
En. Amir Hamzah b. Zakaria
Setiausaha
Pn. Syakirah bt. A. Aziz
Bendahari          
Pn. Fitriah bt. Mustafa
Jawatankuasa Kerja      
Pn. Noraishah bt. Ibrahim           
Pn. Marina bt. Mat Zain
Pn. Kamazizah bt.Yahya
Pn. Normalawati bt. Abdullah
Pn. Azhimiyah bt. Osman
Pn. Wan Hasnah bt. Wan Jusoh
Pn. Siti Nor Adhilah bt. Zakaria
Pn. Norzanaida bt. Zakaria
Pn. Sahillas Sa’iidah bt. Ismail
En. Mohd Muaz b. Yaakob
En. Mohd  Fitri Bin Osman
En. Zainudin b. Jusoh
Ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam

PENUTUP
Diharapkan agar pelaksanaan Projek Haruman Iman ini akan memberi kesan kepada murid-murid dalam meningkatkan kemahiran, kreativiti dan rasa tanggungjawab dalam bersama-sama melakukan kebajikan untuk Surau Nurul Iman.



Tuesday, 8 August 2017

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa
  • Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan "Ya Allah.. bersihkan lah hatiku..". 
2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur 
  • Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. 
3. Solat taubat 
  • Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 
4. Membaca Al-Quran 
  • Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah Qulhu wallah sebanyak 3X. 
5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari 
  • Semasa meminta maaf perlu sebutkan. 
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif 
  • Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka) 
7. Program minda/cuci minda 
  • Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya 
8. Berpuasa 
  • Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan. 
9. Cuba ingat tentang mati 
  • Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa). 

10. Kekalkan wuduk
11. Bersedekah
12. Belanja orang makan
13. Jaga makanan 
  • Jangan makan makanan yang subhat. 
14. Berkawan dengan ulama
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16. Pesan pada orang, jadi baik
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat

"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat"


Monday, 7 August 2017

AKTIVITI CERIA PRASEKOLAH

Alhamdulillah .. suasana ceria belajar bersama murid² prasekolah...
Program ini bertujuan bagi memberi suasana sebenar berwuduk.. serta memperbaiki bacaan niat wuduk mereka ..
Moga program ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang..
#surauimarah #suraunuruliman


Friday, 4 August 2017

PENGENALAN SURAU

CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN SURAU 2017

PENASIHAT
EN. AHMAD ZUBER BIN TAJUDDIN

NAIB PENGERUSI
EN. ZULKIFLI BIN ABU HASSAN

NAIB PENGERUSI II
PN. ZAHANIM BT. MOHD ISA

NAIB PENGERUSI III
PN. KARTINY BT. MUHAMAD SAAD

SETIAUSAHA
EN. MOHD FITRI BIN OSMAN

BENDAHARI
PN. FITRIAH BT. MUSTAFFA

UNIT PENGURUSAN PENTADBIRAN
PN. WAN HASNAH BT. WAN JUSOH
PN. FITRIAH BT. MUSTAFFA
PN. AZHIMIYAH BT. OSMAN

UNIT PENGURUSAN AKTIVITI
PN. SYAKIRAH BT. A. AZIZ
PN. SITI NOR ADHILAH BT. ZAKARIA
PN. SAHIILAS SA`IIDAH BT. ISMAIL
PN. NORMALAWATI BT. ABDULLAH

UNIT PENGURUSAN KELENGKAPAN / PERALATAN
PN. MARINA BT. MAT ZAIN
PN. NORA ISHAH BT. IBRAHIM
PN. FATIMAH BT. HASSAN
EN. MOHD MUAZ BIN YAACOB

UNIT PENGURUSAN FIZIKAL
EN. ZAINUDIN BIN JUSOH
PN. KAMAZIZAH BT. YAHYA
PN. NOR ZANAIDA BT. ZAKARIA

UNIT INOVASI SURAU
EN. AMIR HAMZAH BIN ZAKARIA
EN. MOHD FITRI BIN OSMAN


CARTA ORGANISASI MURID 2017
PENASIHAT
EN. AHMAD ZUBER B. TAJUDDIN (GURU BESAR)

PENGERUSI
ARIQ IQBAL BIN MOHD RAZIF (6 AMAN)

NAIB PENGERUSI
AHMAD NUFAIL THAQIF BIN SARNIDZOM (6 AMAN)

SETIAUSAHA
SITI NUR ZULAIKHA BT. ZAINOL (6 BAHAGIA)

BENDAHARI
ANIS HUMAIRAH BT. AZUAR SHAHNAZ (6 AMAN)

AHLI JAWATANKUASA

AJK KEBERSIHAN
MUHD FARIS HAIKAL BIN MOHD SYAHIR (6 AMAN)
SITI NUR UMAIRAH BT. HILMY (6 DAMAI)

AJK PERPUSTAKAAN MINI

ANISAH BT. ZULKIFLY (6 AMAN)

AJK KECERIAAN
AYUNI SYUHADA BT. MOHD SHUKRI (6 AMAN)
NOOR AZLINA BT. ZULKIFLI (6 BAHAGIA)

AJK KESELAMATAN

MOHD ANIQ HAZIQ BIN ABD HALIM (6 AMAN)
IRSYAD ZIHNY BIN IRWAN EFFENDY (6 AMAN)

AJK JUALAN AMAL
AISYA NUR WAFA BT. AZNI (6 AMAN)
AINNA SAFIYYA BT. MOHD MUSNIZAM
NUR HUMAIRA` BT. ROSDI (6 AMAN)



VISI


PUSAT ILMU MEMBINA MODAL INSAN BERKUALITI DUNIA AKHIRAT 

MISI 

MEREALISASIKAN FUNGSI SURAU SEKOLAH SEBAGAI PELENGKAP PEMBELAJARAN MEMUPUK NURANI MENUJU KEREDHAAN ILLAHI 

MATLAMAT 

Melahirkan pelajar sekolah yang berjaya dengan cemerlang dalam semua bidang untuk berbakti dan memberi sumbangan kepada sekolah, masyarakat dan negara

OBJEKTIF
  • MENGIMARAHKAN SURAU DENGAN PELBAGAI AKTIVITI KEAGAMAAN YANG MENARIK DAN BERKESAN
  • MELAKSANAKAN PENGURUSAAN SURAU DENGAN EFISYEN DAN SISTEMATIK
  • MEMUPUK MINDA DAN TABIAT PELAJAR SUPAYA RAJIN BERADA DI SURAU DAN MEMANFAATKAN MASA SEBAIK-BAIKNYA
  • MELATIH PELAJAR DENGAN KEPIMPINAN DAN SYAHSIYYAH ISLAMIAH YANG UNGGUL
  • MEMBANTU PELAJAR MENYELESAIKAN PERMASALAHAN KEAGAMAAN DAN ISU-ISU SEMASA
  • MEWUJUDKAN SURAU MITHALI YANG MENEKANKAN KEPADA BUDAYA ILMU DAN PEMBINAAN INSAN 

PIAGAM PELANGGAN

Pihak pengurusan surau beriltizam untuk menjadikan surau sebagai: 
  • Pengurusan yang bersistematik dan berkualiti dalam mengadakan aktiviti keagamaan
  • Surau mithali yang menekankan budaya ilmu dan pembinaan modal insan
  • Memastikan surau sebagai satu tempat ibadah yang kondusif dan selesa
  • Memastikan semua pelajar Muslim memperolehi ilmu fardhu ain yang sempurna
  • Memaksimumkan penggunaan surau untukpelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
  • Menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh para pelajar dalam membina modal insan yang sempurna
PERATURAN SURAU

Peraturan Am

1.   Pengurusan surau ini adalah dikelolakan oleh sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh pihak sekolah dengan bidang tugas yang telah ditetapkan
2.   Surau ini hendaklah digunakan sebagai tempat mengerjakan ibadah solat, melaksanakan amali Pendidikan Islam, sambutan hari-hari kebesaran Islam dan aktiviti-aktiviti pendidikan serta kemasyarakatan
3.   Semua jemaah dikehendaki menjaga kebersihan dan keceriaan surau serta memastikan ianya sentiasa dalam keadaan memuaskan
4.   Semua barang dan peralatan surau hendaklah dijaga dengan selamat. Ianya tidak boleh dibawa keluar kecuali dengan kebenaran
5.   Tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam surau ini perkara-perkara berikut:
5.1.         Senjata tajam yang merbahaya dan seumpamanya
5.2.         Bahan-bahan dan gambar lucah, majalah-majalah hiburan dan penerbitan yang berunsur politik serta risalah-risalah ajaran sesat
5.3.         Makanan dan minuman
6.   Tidak dibenarkan menampal bahan-bahan penerbitan, poster atau risalah tanpa mendapat keizinan daripada pengerusi atau jawatankuasa surau
7.   Tidak dibenarkan menjadikan surau sebagai tempat melepak atau menyalin atau menukar pakaian dan seumpamanya
8.   Semua jemaah dikehendaki menjimatkan penggunaan elektrik dan air serta memastikan suis-suis lampu, kipas, alat siaraya ditutup selepas digunakan

Peraturan Khas
1)   Memakai pakaian yang suci, bersih, kemas dan bersopan ketika ke surau
2)   Dilarang memakai baju T-shirt yang “fancy” yang mengandungi gambar-gambar yang tidak sesuai
3)   Masuk ke surau dengan mengambil wudhuk terlebih dahulu
4)   Masuk dengan kaki kanan serta keluar dengan kaki kiri yang disertakan dengan doa
5)   Mengambil tempat duduk pada saf bahagian hadapan terlebih dahulu
6)   Merapatkan saf dan menghidupkan budaya salam dan berjabat tangan dengan jemaah yang lain
7)   Duduk dengan keadaan yang khusyuk, bersopan serta mengadap kiblat
8)  Memperbanyakkan zikrullah ketika berada di surau 

RENUNGAN

Assalamualaikum wbt..
Bagus utk muhasabah diri sendiri ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ..

Seorang warga emas ditanya, apakah yg beliau pelajarinya dr usianya yg lalu? 

Beliau menjawab:

Saya belajar...Bahawa dunia ini adalah pinjaman yg akan dipulangkan.. 

Saya belajar...Bahawa org yg dizalimi lambat laun akan mendapat haknya..

Saya belajar...Bahawa anak panah malam (doa & munajat) x pernah tersasar..

Saya belajar..Bahawa kehidupan ini akan tamat pd bila2 masa walaupun ketika leka..

Saya belajar..Bahawa kata2 yg baik, wajah yg ceria & sifat pemurah adalah punca akhlak yg mulia..

Saya belajar..Bahawa org yg paling kaya di dunia adalah yg memiliki kesihatan & keamanan..

Saya belajar..Bahawa siapa yg tanam bawang putih, tidak sekali2 akan dapat bunga raihan..

Saya belajar..Bahawa usia akan habis tetapi urusan dunia tidak akan habis..

Saya belajar..Siapa yg mahu kata2nya didengari, perlu bersedia mendengar dr org lain..

Saya belajar..Bahawa bemusafir dgn org lain adalah pengukur paling tepat keaslian manusia..

Saya belajar..Org yg sering berkata : (akulah, akulah) sebenarnya kosong dr dalam.. 

Saya belajar..Bahawa emas akan kekal emas, manakala besi akan berubah & berkarat..

Saya belajar..Bahawa semua manusia yg telah mati, mempunyai agenda & perancangan yg tidak sempat dilaksanakan..

Saya belajar..Kita sering mengemas katil & menyejukkan ruang bilik utk menikmati mati kecil..Sudahkah kita mengemas amalan kita & menyejukkan kubur kita dgn ketaatan utk kita menikmati mati besar?

Berkata seorang soleh: Aku hairan drpd manusia yg sering mengingatkan tntg makanan yg boleh mendatangkan penyakit, tetapi tidak mengingatkan tentang dosa yg boleh menghumban ke dalam api neraka..

..Perkongsian sahabat..


Thursday, 3 August 2017

Hari Jumaat Apa Kemuliaannya?

ุจِุณูۡ…ِ ูฑู„ู„ู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญูۡ…َู€ٰู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…ِ

ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ูˆَุณَู„ِّู…ْ ุนَู„َู‰ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ

Kenapa Hari Jumaat Yang Jadi Hari Besar Umat Islam?

Ada beberapa alasan untuk menjawab pertanyaan di atas. Terlebih dahulu, mari kita lihat penjelasannya.Dari Salamah dari Abu Hurairah (ra) Nabi SAW bersabda: “Hari terbaik yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Sebab pada hari itu Allah Azza wa Jalla menciptakan Adam (as), Dia memasukkan Adam ke syurga , pada hari itu ia diturunkan ke bumi, dan pada hari itu terjadi kiamat serta pada hari itu terdapat satu masa d imana tidak seorangpun berdoa  kecuali Dia akan mengabulkan doa  itu.”  (HR. Muslim).

Al-Hafizh Ibnu Katsir berkata: “Sesungguhnya dinamakan hari Jumaat dengan Jumaat disebabkan perkataan Jumaat itu merupakan musytaq (derivasi kata) dari Al-Jam’u (himpunan atau kumpulan). Sesungguhnya umat Islam berkumpul pada hari Jumaat tiap minggu sekali di dalam suatu tempat yang sangat besar (masjid)…” Allah memerintahkan kaum mukminin untuk berkumpul dalam rangka beribadah kepada-Nya.Allah SWT berfirman:“Wahai  orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat  pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”  (QS. Al-Jumu’ah: 9).
Ibnul Qayyim Al-Jauzi mengatakan:“Termasuk petunjuk Nabi, ialah mengagungkan, memuliakan dan mengkhususkan hari agung ini dengan berbagai macam bentuk ibadah…”.HARI YANG MULIAHari Jumaat merupakan nikmat rabbaniyah yang selalu dijadikan bahan kedengkian musuh-musuh Islam.Hari Jumaat merupakan kurnia  dari Allah untuk umat ini yang telah dijadikan sebagai umat terbaik yang dikeluarkan di tengah-tengah manusia. Allah mengutamakan hari ini di atas semua hari dalam sesuatu minggu dan Dia mewajibkan kepada orang Yahudi dan Nashrani untuk mengagungkannya. Tapi, mereka mengingkarinya dan sebaliknya memilih hari lain sehingga mereka tersesat dan tidak mendapat petunjuk. Kemudian Allah SWT terus menunjukkan kepada mereka yang beriman kemuliaan hari ini dengan mengagungkannya.".

Dari Abu Hurairah r.a., beliau mendengar Rasulullah SAWbersabda:

ู†َุญْู†ُ ุงู„ุขุฎِุฑُูˆู†َ ุงู„ุณَّุงุจِู‚ُูˆู†َ ูŠَูˆْู…َ ุงู„ْู‚ِูŠَุงู…َุฉِ ، ุจَูŠْุฏَ ุฃَู†َّู‡ُู…ْ ุฃُูˆْุชُูˆْุง ุงู„ْูƒِุชَุงุจَ ู…ِู†ْ ู‚َุจْู„ِู†َุง، ุซُู…َّ ู‡ุฐَุง ูŠَูˆู…ُู‡ُู…ُ ุงู„َّุฐِูŠ ูُุฑِุถَ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ูَุงุฎْุชَู„َูُูˆุง ูِูŠู‡ِ ูَู‡َุฏَุงู†َุง ุงู„ู„ู‡ُ، ูَุงู„ู†َّุงุณُ ู„َู†َุง ูِูŠْู‡ِ ุชَุจَุนٌ : ุงู„ูŠَู‡ُูˆْุฏُ ุบَุฏุงً ، ูˆَุงู„ู†َّุตَุงุฑَู‰ ุจَุนْุฏَ ุบَุฏٍ
“Kita adalah orang terakhir, namun yang pertama pada hari kiamat meskipun mereka telah diberikan kitab sebelum kita. Hari ini (Jumaat) adalah hari yang telah Allah wajibkan atas mereka, namun mereka mempertikaikannya. Maka Allah menunjukkan kita akan hari itu sehingga orang-orang mengikuti kita dalam hari ini (Jumaat), sementara orang-orang Yahudi esok (Sabtu) dan orang-orang Nashrani esoknya lagi (Ahad).” (HR. Bukhari, Muslim, Ahmad, An-Nasai dan lainnya)

Maksud “Kita sebagai orang terakhir” adalah sebagai keberadaan umat terakhir di dunia. Namun di akhirat kelak akan mendahului mereka. Iaitu menjadi umat pertama yang dihimpunkan di Mahsyar, umat pertama yang dihisab, umat pertama yang diadili dan umat pertama yang akan masuk syurga.
Dalam riwayat Muslim dari hadis  Hudzaifah:“Kami umat terakhir dari penduduk bumi, namun menjadi umat pertama pada hari kiamat yang diadili sebelum umat-umat lain.”
Dan dalam riwayat Muslim lainnya:“Kita adalah orang terakhir, namun yang paling awal pada hari kiamat. Dan kita adalah orang yang pertama kali masuk syurga.”
Manakala maksud diwajibkan adalah mesti memuliakan hari tersebut. Menurut Ibnu Baththal, mereka tidak diperintahkan dengan jelas untuk memuliakan hari Jumaat yang kemudian mereka tinggalkan. Alasannya, seseorang tidak boleh meninggalkan kewajiban yang Allah tetapkan atasnya sementara masih berstatus mukmin. 
Lalu beliau rahimahullah berkata:“Diwajibkan atas mereka (memuliakan) satu hari dalam seJumaat. Lalu mereka diberi pilihan untuk menegakkan syari’at mereka pada hari itu. Kemudian mereka berselisih tentang hari itu dan tidak mendapat petunjuk untuk memilih hari Jumaat.” 

Demikian juga yang dinyatakan oleh Al-Qadhi ‘Iyadh. (Lihat Fathul Baari: 2/355) Imam An-Nawawi rahimahullah berkata:“Mungkin juga mereka telah diperintah dengan jelas, lalu mereka berselisih pendapat apakah wajib menentukan hari itu saja atau dibolehkan untuk menggantinya dengan hari lain. Kemudian mereka berijtihad dalam hal itu, lalu salah.”  (Lihat Fathul Baari: 2/355).

Dan dalam Fathul Baari, Ibnu Hajar rahimahullah menyebutkan sebuah hadis penutup terhadap masalah ini yang diriwayatkan Ibnu Abi Hatim dari jalur Thariq Asbath bin Nashr, dari As-Sudiy dengan lafaz  yang sangat jelas bahawa mereka diwajibkan untuk memuliakan hari Jumaat saja lalu mereka menolak. 
Sabda Rasulullah shallallahu’ alaihi wasallam:

ุฅِู†َّ ุงู„ู„َّู‡ ูَุฑَุถَ ุนَู„َู‰ ุงู„ْูŠَู‡ُูˆุฏ ุงู„ْุฌُู…ُุนَุฉ ูَุฃَุจَูˆْุง ูˆَู‚َุงู„ُูˆุง : ูŠَุง ู…ُูˆุณَู‰ ุฅِู†َّ ุงู„ู„َّู‡ ู„َู…ْ ูŠَุฎْู„ُู‚ ูŠَูˆْู… ุงู„ุณَّุจْุช ุดَูŠْุฆًุง ูَุงุฌْุนَู„ْู‡ُ ู„َู†َุง

“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan (untuk mengagungkan) hari Jumaat atas Yahudi, lalu mereka menolaknya dan berkata: “Wahai  Musa, sesungguhnya Allah tidak menciptakan apa-apa pada hari Sabtu, maka jadikan hari itu untuk kami.” (Fathul Baari: 3/277 dari Maktabah Syamilah)

ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู… ุจุงู„ุตูˆุงุจ
Wallahu A’lam Bish Shawab 
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar

SURAU UNTUK SEMUA

Penilaian anugerah surau imarah yang telah berlangsung saban tahun merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh pihak Kementerian P...