PROJEK INOVASI SURAU
PENGENALAN
Kraftangan ini adalah untuk
menghasilkan hasil seni yang boleh memberikan manfaat kepada warga SK Taman
Rakyat. Projek ini turut melibatkan murid-murid dari Pergerakan Puteri Islam
SKTR untuk memberi latihan dan kemahiran yang berguna kepada mereka. Penggunaan
barangan kitar semula dan bahan semulajadi dapat memelihara alam sekitar
daripada tercemar dengan pembuangan sisa pepejal yang boleh menjejaskan ekosistem
bumi.
MATLAMAT
Melatih murid-murid menggunakan motor
kasar dan halus serta memupuk sikap berdikari dan kreatif dalam diri mereka.
OBJEKTIF
i.
Meningkatkan
kreativiti murid.
ii.
Menambah pendapatan
Surau Nurul Iman.
iii. Menggunakan sumber alam dengan cekap dan berkesan.
SASARAN
Murid-murid Tahun 4 dan 5 daripada
Pergerakan Puteri Islam SKTR
BUTIRAN PROJEK
Bahan-bahan yang digunakan:
i.
Botol mineral
bersaiz 500ml
ii.
Kain net
iii.
Riben
iv.
Bunga hiasan
v.
Gam
vi.
Potpuri (daun pandan
dan daun limau purut dari Taman Surau Nurul Iman)
Pelaksanaan Projek:
i.
Guru mengumpulkan
botol mineral 500ml hasil sumbangan dari guru-guru SKTR
ii.
Guru dibantu ahli
Pergerakan Puteri Islam menyiapkan projek
iii.
Hasil potpuri yang
telah siap dinamakan dengan nama ‘Haruman Iman’
iv. ‘Haruman Iman’ akan
dijual kepada semua kelas yang ada di SKTR dengan harga RM5.00 sahaja
v. Potpuri yang telah
kehilangan bau boleh diisi semula dengan haruman yang baru dengar kadar RM1.00
sahaja
vi.
Isian baru ‘Haruman
Iman’ boleh didapati di Surau Nurul Iman.
ANJURAN
Surau Nurul Iman SK Taman Rakyat
JAWATANKUASA
Pengerusi
En. Ahmad Zuber b. Tajuddin
Naib Pengerusi
Pn. Zahanim bt. Md. Isa
Pn. Kartiny bt. Mohd Saad
En Zulkifli b. Hassan
Penyelaras Program
En. Amir Hamzah b. Zakaria
Setiausaha
Pn. Syakirah bt. A. Aziz
Bendahari
Pn. Fitriah bt. Mustafa
Jawatankuasa Kerja
Pn. Noraishah bt. Ibrahim
Pn. Marina bt. Mat Zain
Pn. Kamazizah bt.Yahya
Pn. Normalawati bt. Abdullah
Pn. Azhimiyah bt. Osman
Pn. Wan Hasnah bt. Wan Jusoh
Pn. Siti Nor Adhilah bt. Zakaria
Pn. Norzanaida bt. Zakaria
Pn. Sahillas Sa’iidah bt. Ismail
En. Mohd Muaz b. Yaakob
En. Mohd Fitri Bin Osman
En. Zainudin b. Jusoh
Ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam
PENUTUP
Diharapkan agar pelaksanaan Projek Haruman Iman ini akan memberi kesan kepada murid-murid dalam meningkatkan
kemahiran, kreativiti dan rasa tanggungjawab dalam bersama-sama melakukan
kebajikan untuk Surau Nurul Iman.
No comments:
Post a Comment