Motto untuk Surau Nurul Iman ialah “Imarah, Amal, Istiqamah”. Untuk itu konsep berinformasi dengan kalimah kalimah Allah, Muhammad s.w, ayat-ayat quran, kata kata hikmah dalam Bahasa Melayu juga Bahasa Inggeris, Asma Ul-husna dan poster-poster agama di dalam dan juga luar surau. Fail-fail yang mengandungi infomasi dari seluruh dunia. Gambar aktiviti-aktiviti murid di pamerkan di papan kenyataan. Maklumat maklumat semasa juga di pamerkan.
Warna-warna cat di dalam dan luar surau memberikan kesan sejuk serta menarik. Landskap yang tersusun rapi di bahagian luar dengan panorama taman herba yang menambahkan lagi suasana tarikan pengguna pengguna surau. Terdapat juga 3 wakaf ilmu yang sesuai dijadikan tempat warga sekolah bersantai menikmati suasana ceria di halaman surau.
Terdapat juga peraturan, arahan-arahan dan maklumat-maklumat yang berguna dipamerkan bersesuaian dengan hasrat sekolah membudayakan dan mengimarahkan surau kepada warga sekolah.
Semoga konsep berinformasi di Surau Nurul Iman dapat di imarahkan, di amalkan dan di istiqamahkan oleh warga SETARA khususnya.. In syaa Allah.
KEISTIMEWAAN
- Penerapan nilai murni
Tulisan Khat, ayat-ayat quran, kata-kata hikmah, asma ul-husna yang dipamerkan di dinding-dinding surau serta adab-adab yang berada di surau dapat menanamkan nilai-nilai murni serta adab-adab mulia di jiwa murid-murid.
- Kata-kata hikmah dan informasi
Terdapat banyak kata-kata hikmah dan poster-poster informasi ditampalkan di setiap ruang dan sudut surau secara langsung dan tidak langsung dapat memberi kesedaran dan mendidik disamping memberi manfaat ‘dua dalam satu’ iaitu menggunakan surau dan mendapat informasi dalam dan luar Negara.
- Membawa impak positif
Keceriaan dan kebersihan serta keselesaan surau yang bermotifkan motto “Imarah, Amal, Istiqamah” mendorong warga sekolah mencintai surau dan menghargai kemudahan yang sedia ada ke arah melahirkan masyarakat muslim Malaysia yang mengamalkan nilai-nilai murni, dalam surau atau rumah Allah. Surau yang selesa dan kondusif adalah penting untuk mencapai objektif – objektif program yang dijalankan di surau.
No comments:
Post a Comment