Thursday, 3 August 2017

BENGKEL CELIK BAHASA ARAB

Pada hari Khamis, 3 Ogos 2017, Panitia Bahasa Arab SK Taman Rakyat telah menjalankan Bengkel Bahasa Arab yang dihadiri oleh murid tahun 4 & 5. 
Bengkel ini dikendalikan oleh Ustaz Mohd Ali Yusni b. Mansor, Guru Inovatif  Bahasa Arab, SK Haji Abu Bakar, Lepai. Beliau berkelulusan Universiti Al- Azhar, Mesir. Beliau banyak menghasilkan penulisan buku yang berkaitan dengan kaedah dan teknik mempelajari Bahasa Arab. 
Melalui bengkel ini, para pelajar didedahkan dengan teknik dan kaedah belajar Bahasa Arab dengan lebih berkesan, dari segi nahu mahupun pembentukan kata. Menggunakan buku Celik Bahasa Arab, sebuah buku asas tatabahasa arab dapat membimbing para pelajar memahami Bahasa Arab menggunakan “Penyusunan Ilmu Sorf” secara mudah, cepat dan berkesan. Terkandung di dalamnya kaedah–kaedah dan pergerakan-pergerakan asas yang menarik lagi menghiburkan.
Bengkel sehari ini ternyata dapat memberi banyak manfaat kepada murid² serta mendapat respon yang baik dari peserta.
Selari dengan komitmen dua orang guru Bahasa Arab di sekolah ini, iaitu Pn. Fitriah Mustaffa dan En. Mohd Muaz bin Yaacob, diharapkan bengkel seumpama ini akan membantu mereka untuk membimbing murid yang terbabit untuk memperoleh keputusan yang lebih cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Arab kelak.

Khamis, 3/8/2017  
Masa : 11.00 -1.00 tengahri 
Tempat : Surau Nurul Iman 
Moderator: Ustaz Mohd Ali Yusni bin Mansor 
Murid Terlibat Tahun 4 dan 5, 


No comments:

Post a Comment

SURAU UNTUK SEMUA

Penilaian anugerah surau imarah yang telah berlangsung saban tahun merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh pihak Kementerian P...